MENU

Mengenai Yayasan Hasanah

Sebagai penyampai, kolaborator dan pemangkin perubahan, Hasanah memberi tumpuan kepada isu masyarakat dan sosial negara, dengan membawa bersama pembuat dasar, pertubuhan masyarakat madani, syarikat korporat, dan komuniti tempatan untuk memberi impak kolektif kepada rakyat dan alam sekitar.

Kami berusaha mewujudkan perubahan sosial dan alam sekitar yang kekal dan positif untuk Malaysia melalui kerja-kerja dalam bidang tumpuan berikut: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Kesenian & Ruang Awam dan Pengetahuan.

Salah seorang daripada penerima Dana Seni Hasanah, Pyu, yang berumur 5 tahun merupakan seorang dalang yang mempunyai impian mengikuti jejak langkah ayahnya dalam seni Wayang Kulit.

REFLEKSI PENGARAH URUSAN

Shahira Ahmed Bazari berkongsi refleksi untuk tahun 2019 dan gambaran keseluruhan mengenai inisiatif, kerjasama dan pencapaian Yayasan Hasanah sepanjang tahun 2019.

Refleksi Pengarah Urusan

Ketika saya menulis refleksi ini, negara kita sedang menghadapi gelombang kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah mengelakkan penyebaran wabak COVID-19. Situasiini membuatkan saya tersedar, dalam persekitaran yang tidak menentu seperti ini, tindakan luar biasa, pengawasan dan sokongan  adalah amat penting untuk menangani isu  ini.

 

Komuniti yang terdedah dengan wabak ini amat memerlukan bantuan, dan kami di Yayasan Hasanah sedang melakukan segala yang termampu untuk membolehkan pemindahan segera dan memastikan bantuan dapat diterima secepat mungkin. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi dan organisasi-organisasi berkaitan yang bertungkus lumus menghulurkan bantuan, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi ketika PKP ini.

Sebagai sebuah yayasan pemberi geran berasaskan impak yang bukan melibatkan keuntungan,   kamiperlu sentiasa berkembang dan menyesuaikan diri dengan cabaran semasa yang dihadapi. Kamiperlu terus maju ke hadapan atau meneroka sesuatu yang baharu, dimana ini pastinya menguji ketahanan, kelestarian dan relevannya Hasanah dalam persekitaran yang tidak menentu ini. Dengan ini juga, kamidapat melihat kekuatan yang dimiliki Hasanah. 

Sesungguhnya, perkembangan yang dapat kami kecapi kini adalah hasil usaha berterusan pelbagai pihak yang berkebolehan tinggi dalam menyokong matlamat yang ingin dicapai Hasanah. Mereka ini adalah lembaga pemegang amanah, pasukan saya, rakan-rakan kongsi dan pihak berkepentingan yang amat saya banggakan. Sering saya katakan, “team work makes the dream work”. Sesungguhnya, kerjasama-kerjasama strategik yang terjalin adalah berdasarkan prinsip kepercayaan dan kesepaduan yang kukuh. 

Semangat Kekitaan

Helen Keller pernah berkata, “Alone we can do so little; together we can do so much.” Dan inilah yang sentiasa disematkan setiap hari di Hasanah — dengan membawa  rakan-rakan kongsi yang sememangnya hebat dalam inisiatif masing-masing, dan diperhebatkan lagi apabila kita dapat bekerja secara kolektif.   

Ini bukanlah bermaksud inisiatif-inisiatif kecil yang dijalankan tidak membawa sebarang makna, tetapi jika digabungkan kesemua usaha-usaha kecil ini, lebih banyak yang akan dapat kita kecapi bersama — sebagai contoh, menyelamatkan lebih banyak seksyen Central Forest Spine (CFS), memperkasakan lebih ramai wanita, mengarusperdanakan aktiviti kesenian  dan merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar. Terdapat banyak kemungkinan yang tidak terbatas. Hasanah akan terus menjadi jambatan yang menghubungkan kesemua individu, institusi dan masyarakat ke arah satu visi yang sama iaitu membina Malaysia yang lebih baik dan kuat.

Di dalam laporan tahunan ini, anda dapat melihat pelbagai program yang dilaksanakan oleh Hasanah dan rakan-rakan kongsi kami sepanjang tahun 2019. Tiada satu pun inisiatif-inisiatif ini mampu dilakukan tanpa sokongan padu, komitmen dan sinergi  antara pelbagai pihak yang terlibat. Walaupun ini adalah sebuah laporan, ia juga merupakan satu penghargaan bagi usaha-usaha kesemua 37 organisasi dan 45 projek yang disokong oleh Hasanah sepanjang tahun 2019 di seluruh Malaysia.

Sekilas Laporan Hasanah 2019

Semasa Hasanah ditubuhkan pada Julai 2015, misi dan mandat yang diterima telah menjadikannya sebagai sebahagian daripada sumbangan keseluruhan  Khazanah dalam membina negara. Dalam empat tahun berikutnya, Hasanah telah memberi tumpuan terhadap  kemajuan sosial yang lestari melibatkan lima bidang utama. 

Tahun 2019 menyaksikan teras Pendidikan meneruskan usaha  mendapatkan akses pendidikan berkualiti di bawah inisiatif utamanya iaitu Sekolah Amanah (atau Trust School Programme (TSP)) — satu program transformasi yang komprehensif selama lima tahun melibatkan sekolah-sekolah awam sejak tahun 2010. Selain biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Khazanah  kepada para pelajar yang menunjukkan pencapaian akademik luar biasa, Hasanah juga membantu belia-belia berisiko untuk mendapatkan pekerjaan dan pensijilan melalui rakan kongsi seperti Yayasan MySkills. Dengan Industri 4.0 yang kini semakin mendapat tempat, Chumbaka Sdn Bhd  mengadakan latihan kemahiran digital abad ke-21 melibatkan guru-guru sekolah menengah di seluruh negeri Perlis, yang kemudiannya memberi pendedahan tentang kemahiran ini kepada pelajar-pelajar mereka. Untuk bacaan lanjut, sila rujuk bahagian Pendidikan dalam laporan ini. 

Di bawah bidang tumpuan Pembangunan Komuniti, matlamat utamanya adalah untuk mencapai kehidupan yang lebih baik melalui pendekatan berasaskan komuniti. Hal ini membolehkan para penerima manfaat hidup berdikari dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Salah satu rakan kongsi kami, PACOS Trust telah memainkan peranan penting di Pegalungan Nabawan, yang terletak di pedalaman negeri Sabah. Program yang dilaksanakan di sini  melibatkan peningkatan kemahiran untuk golongan wanita  dalam bidang pertanian organik, kraftangan dan eko-pelancongan. Selain itu, organisasi-organisasi lain seperti OrphanCare dan Child Rights Coalition pula memberi pendedahan tentang hak dan perlindungan kanak-kanak. Buat kali kedua, Women of Will telah memberikan pinjaman mikro berserta latihan keusahawanan untuk usahawanita yang tinggal di PPR Lembah Subang, dan kisah-kisah inspirasi mereka boleh dibaca di bahagian Pembangunan Komuniti.

Teras Alam Sekitar pula terus menerus menyemai kesedaran mengenai Central Forest Spine (CFS), sebuah sumber ekosistem semula jadi yang amat bernilai. Sepanjang tahun 2019, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menyampaikan mesej ini dengan lebih jelas, berikutan kerja keras yang dilakukan dalam menghubungkan sektor-sektor hutan yang berpecah-pecah. Antara usaha yang telah dijalankan termasuklah penghasilan dokumentari oleh Nuvista Media Sdn Bhd tentang perlindungan CFS sebelum terlambat. Global Environment Centre pula memanfaatkan komuniti-kominiti setempat bagi pengawasan sungai-sungai di Malaysia dan Roots & Shoots Malaysia Award yang menyasarkan golongan belia, bersama-sama Dame Dr. Jane Goodall.

Bagi teras Kesenian dan Ruang Awam pula, usaha-usaha yang dilaksanakan untuk melindungi seni dan warisan kebangsaan termasuklah percubaan memaparkan semula audio-visual milik negara yang amat bernilai, yang sekian lama diarkibkan. Projek ini telah membawa kepada sebuah medium gambar bergerak yang boleh diiktiraf sebagai warisan negara dan berkemungkinan untuk disenaraikan oleh UNESCO. Pada tahun 2019 juga, melalui kerjasama dengan FriedChillies, kami telah mendokumentasikan pelbagai resipi kuih tradisional dari Pantai Timur Malaysia.

Yang terakhir namun tidak kurang hebatnya adalah teras Pengetahuan yang merupakan batu loncatan dalam proses pembuatan dasar dan intervensi berasaskan bukti. Pelbagai sesi melibatkan pembinaan kapasiti dan sokongan kepada rakan kongsi kami telah dilaksanakan. Rakan kongsi kami seperti Institut Penyelidikan Khazanah mengadakan pelbagai sesi perkongsian ilmu dan perbincangan-perbincangan bersama panel serta penghasilan kertas kerja dan penerbitan. Baca lebih lanjut tentang perkara ini di bahagian Pengetahuan dalam laporan ini. Salah satu rakan kongsi kami, Think City pula terus berusaha dalam pertumbuhan semula bandar melalui projek-projek seperti Perpustakaan Digital Butterworth dan  Placemaker Week ASEAN 2019, yang pertama kali diadakan di rantau ini. Ini termasuklah pelbagai lagi program berimpak sosial yang dilaksanakan.

Seperti yang telah kita ketahui, Hasanah dalam bahasa Arab boleh diterjemahkan  sebagai amalan kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan. Sesungguhnya pada masa inilah rakyat Malaysia harus bersama-sama menghargai dan meraikan ‘Hasanah’ dalam diri kita semua. 

Dengan ini, saya mempersilakan anda membaca Laporan Hasanah 2019.

PEMACU STRATEGIK UNTUK IMPAK

Dalam mencapai impak sosial jangka panjang, tiga pemacu strategik utama telah dikenal pasti. Setiap satunya dapat diukur dan mampu meningkatkan kualiti hidup individu, komuniti dan masyarakat secara menyeluruh. Hasanah mengklasifikasikan tiga pemacu strategik utama ini sebagai Peningkatan, Penginovasian dan Pengaruh.

Kami telah melihat banyak peningkatan melibatkan skala program Hasanah, pelaburan dalam metodologi-metodologi baharu dan yang telah ditambah baik, penglibatan dalam advokasi, serta pengaruh dalam dasar dan struktur jangka masa panjang.

Peningkatan

Meningkatkan dan memperkukuh jangkauan, penglibatan dan program di bawah semua bidang tumpuan.

Penginovasi

Membangunkan pendekatan (kandungan) baharu, inovatif dan lebih baik serta penyelesaian mampan untuk isu-isu sosial dan alam sekitar yang kian mendesak.

Pengaruh

Menyokong dan membentuk dasar untuk mencapai perubahan struktur dan pembaharuan sistem di bawah semua bidang tumpuan. 

PROJEK YAYASAN HASANAH DI
SELURUH MALAYSIA PADA TAHUN 2019

0
RAKAN KONGSI
0
PROJEK

2015 – Terkini

0
RAKAN KONGSI
0
PROJEK

IMPAK 2019

Penerima Manfaat

Kawasan Pemuliharaan

Dasar Pengetahuan &
Advokasi

(atau pilih bidang tumpuan di bawah)

Pendidikan

Pembangunan Komuniti

Alam Sekitar

Kesenian & Ruang Awam

Pengetahuan

© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.