Pelajar, guru dan felo telah diberikan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti di seluruh bahagian impak.
Sekolah yang telah terlibat dalam pelbagai program yang memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan holistik.
Belia dan dewasa telah dibantu memperoleh pekerjaan dan pensijilan, yang membolehkan mereka mendapatkan peluang menjana pendapatan yang mampan melibatkan semua bidang impak.
Biasiswa telah diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik cemerlang.
Pelajar sekolah menengah B40 diberikan geran pembelajaran bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.
Biasiswa telah diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
MENUNGGANG ARUS PERUBAHAN
Dalam dunia yang semakin pesat berkembang, organisasi yang mengutamakan pendidikan sentiasa menghadapi pelbagai cabaran. Malah, terdapat keperluan untuk mereka maju setapak ke hadapan berbanding organisasi lain. Namun, bagaimanakah organisasi ini dapat bersaing dalam era yang mana setiap revolusi industri baharu, tiba dengan cukup pantas? Malah pada masa ini pun, ramai masih mempelajari kerumitan Industri 4.0, padahal revolusi yang seterusnya mungkin telahpun bermula.
Bagi sekumpulan 54 guru sekolah menengah di Perlis, adalah amat penting untuk melengkapkan pelajar-pelajar mereka dengan kemahiran-kemahiran masa hadapan, tetapi kekurangan ilmu pengetahuan dan sumber ternyata menjadi penghalang. Namun, mereka tetap peka dan telah membuktikan bahawa dengan peluang yang tepat ianya mampu menjadi pemangkin perubahan
Disinilah perkongsian awam-swasta antara Yayasan Hasanah dengan Chumbaka – sebuah perusahaan sosial yang mengubah landskap pendidikan formal dengan pembinaan kemahiran melalui teknologi – memainkan peranannya. Seiring dengan penekanan yayasan terhadap penyelesaian lestari melalui model pendidikan berskala, satu program selama dua tahun telah diwujudkan untuk guru-guru sekolah menengah di negeri Perlis. Objektifnya adalah untuk membina kapasiti dalam kemahiran-kemahiran digital abad ke-21.
Automasi merupakan antara perkara penting dalam Industri 4.0. Ia melibatkan aspek di mana hasil tangan manusia tidak mungkin dapat ditiru oleh komputer. Aspek inilah yang membolehkan kita memahami sesuatu dengan lebih pantas berbanding Artificcial Intelligence (AI). Maka, program yang dijalankan juga memberi tumpuan terhadap kemahiran insaniah sebagaimana yang boleh dilihat ketika kem kepimpinan Leadernomics.
Saya tidak mengetahui apa itu Arduino sebelum ini. Namun selepas guru saya memberikan pendedahan tentangnya, saya menjadi berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut. Walaupun kami tidak berjaya memenangi pertandingan, saya amat gembira dengan peluang yang diberikan ini.Saya berharap dapat belajar lebih banyak lagi mengenai Arduino pada masa akan datang."
Nor Hakimie Nor Azman of SMK Syed Saffi
Cikgu Saimma Ahmad dari SMK Syed Ahmad, seorang guru daripada antara 27 sekolah yang mengambil bahagian, di mana 22 daripadanya telah ditaja oleh Yayasan Hasanah, turut berkongsi pengalaman beliau.
“Walaupun sekolah kami tidak mempunyai pelajar cemerlang, program ini telah mengajar saya bahawa setiap pelajar mempunyai bakat mereka yang tersendiri,”
Beliau amat berterima kasih dengan peluang yang diberikan melalui pertandingan berdasarkan inovasi yang dianjurkan. Melalui pendekatan ‘tiada murid yang tercicir’, beliau juga berkongsi tentang kepentingan peluang yang sama rata untuk semua pelajar dan bukan hanya kepada pelajar yang mendapat markah tinggi sahaja. Ini merupakan prinsip yang turut dititikberatkan oleh yayasan ini melalui usaha-usahanya dalam menghadapi isu-isu sosio-ekonomi, jantina, jurang geografi serta keperluan dalam pendidikan khas.
Peluang perkongsian pengetahuan dalam program pembinaan kapasiti ini bukan sahaja ditawarkan kepada pelajar aliran sains. Ku Nur Iffah Ku Hashim, ahli kumpulan pemenang anugerah emas dari SMK Sanglang, membuktikan pelajar aliran seni juga mahir menggunakan kemahiran digital untuk inovasi. Tambah guru-guru di sekolah tersebut, walaupun minat yang tinggi ditunjukkan, kekurangan sumber pembelajaran bermaksud jumlah pelajar yang terlibat juga perlu dihadkan.
Bagi Cikgu Farozy Nadiah Fazil, modul tersebut membolehkan SMK Sanglang mencipta inovasi bot memancing Sanglang yang berjaya merangkul anugerah emas di peringkat negeri dalam Young Inventors Challenge (YIC) 2019. Walaupun perlu menjalani latihan selama berjam-jam, beliau dan empat pelajarnya tidak dapat melupakan kenangan manis sepanjang menyiapkan projek mereka, termasuklah pengalaman membuat rakaman video di atas kapal nelayan milik bapa salah seorang anggota pasukan mereka iaitu Nur Yunahani Nazri. Rekaan mereka membolehkan tangkapan diangkat ke dalam kapal dengan hanya menekan satu butang sahaja.
Cikgu Hamidah Abdul Rahman dari SMK Agama Arau yang telah memimpin pasukannya hingga ke peringkat kebangsaan turut bersetuju dengan manfaat program ini.
“Arduino merupakan sesuatu yang sangat baharu bagi saya, tetapi saya tidak teruja untuk mempelajarinya; Saya teruja kerana ia merupakan alat untuk menambah baik produk … Saya telah bercakap dengan beberapa pengaturcara dalam industri ini dan mereka memberitahu saya bahawa Arduino berada pada tahap paling rendah berbanding dengan alatan lain, tetapi inilah titik permulaan bagi pelajar. Kita perlu memperkenalkan Arduino terlebih dahulu sebelum mendedahkan alatan-alatan lain kepada mereka. Arduino bagus sebagai kit permulaan, tetapi saya mahu pelajar saya belajar lebih banyak lagi. Saya sekarang mencari program baharu [untuk mengajar] seperti Raspberry Pi,”
Pasukan dari sekolah ini telah mencipta sebuah kaunter kadar pernafasan untuk menggantikan kaedah manual mengira kadar pernafasan terutamanya untuk pesakit bayi.
"Arduino bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia hanyalah satu alat pembelajaran. Walau bagaimanapun, ia telah banyak membantu meningkatkan keyakinan dan keberanian yang tidak pernah saya miliki sebelum ini ... Apa yang saya perhatikan mengenai Arduino adalah bagaimana ia mengubah satu idea kecil menjadi inovasi yang lebih besar. "
Wan Muhammad Afif Wan Ahmad dari SMK Agama Arau
Cikgu Wan Mohd. Shakir Wan Nordin dari SMK Syed Ahmad sangat berbangga dengan pelajar dari sekolahnya yang sering disebut sebagai “sekolah kampung”. Sekolah beliau tidak pernah memenangi anugerah atau melakukan sebarang inovasi sebelum menyertai program ini.
Beliau berterus terang tentang perkara ini, namun bukanlah berniat untuk merendahkan. Beliau cukup teruja bercerita tentang perubahan yang dilihat pada pelajarnya.
Sejak program ini bermula, SMK Syed Ahmad telah menghantar lima pasukan untuk menyertai pelbagai pertandingan inovasi, yang merupakan jumlah tertinggi di antara semua sekolah di bawah program ini, dan telah menerima anugerah Gangsa ketika YIC 2019 di peringkat kebangsaan.
Pada tahun 2020, Cikgu Julie Mozianda Ahamat dari SMK Kuala Perlis yang juga merupakan sebahagian daripada anggota Hab Pembuatan Digital, akan menghadiri program pertukaran pendidikan yang dianjurkan oleh Microsoft di Sydney. Sekolah beliau juga merupakan salah satu daripada 90 Sekolah Amanah – inisiatif transformasi holistik peringkat kebangsaan selama lima tahun yang dilaksanakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau dengan senang hati menyatakan bahawa rancangan pembelajaran beliau daripada program inilah yang membuatkan beliau berjaya mendapat tempat di acara teknologi di Sydney tersebut.
Dari pelbagai aspek, program ini telah menghasilkan impak yang berterusan. Ia bermula dengan guru-guru yang yang terlibat dalam program ini dan kemudiannya diteruskan dengan pelajar-pelajar mereka yang kemudiannya saling memberi inspirasi antara satu sama lain. Di penghujung program, ramai pelajar menyatakan bahawa dorongan daripada rakan-rakan memotivasikan mereka untuk mempelajari kemahiran baharu.
Program ini telah mewujudkan batu loncatan ke arah pelbagai kemahiran alaf baru yang membolehkan pelajar dan guru menunggang gelombang perubahan ke masa hadapan. Namun, pembelajaran tidak berhenti di sini. Memetik kata-kata Albert Einstein, “Semakin banyak yang saya pelajari, semakin saya sedar begitu banyak yang saya tidak ketahui”.
Sudah tiba masanya kita mula menggunakan kod komputer seperti kita menggunakan abjad dan matematik. Ia bukanlah bertujuan menjadikan pelajar kita sebagai pengaturcara komputer, tetapi untuk mereka mempunyai kemahiran berfikir dan merancang untuk menyelesaikan masalah.”
Dr Nur Anuar Abdul Muthalib - Ketua Pendidikan
© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.
4 daripada 7 sekolah mencapai KPI sekurang-kurangnya
Berpegang pada falsafah bahawa usia 5 hingga 15 tahun adalah tempoh kritikal dalam mendidik anak-anak, CHILD memberi tumpuan kepada anak-anak yang dilahirkan dalam kehidupan yang kurang bernasib baik. Program Komprehensif Sekolah Bersepadu (CITS) melibatkan guru dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan prestasi akademik pelajar sementara program tuisyen selepas sekolah membantu mempersiapkan pelajar Sekolah Tamil daripada keluarga B40 untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sekolah-sekolah terpilih di Perlis buat julung kalinya telah diperkenalkan dengan sistem terbenam, pengekodan, elektronik, aplikasi mudah alih, AI dan pelbagai kemahiran insaniah. Pengetahuan yang diperoleh para pelajar kemudiannya dapat ditunjukkan dalam pertandingan inovasi yang bertujuan menerapkan platform teknologi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam komuniti mereka.
Menyelesaikan ujian lapangan bagi penanda aras
Membangunkan rancangan komunikasi
Dengan adanya projek rintis Pentaksiran Alternat Sekolah Menengah (PASM) yang dijangka akan dilaksankan di beberapa sekolah menengah di seluruh negara pada tahun 2021, pada tahun ini tumpuan telah diberikan terhadap konsep, reka bentuk dan merealisasikan alatan-alatan yang bersesuaian untuk tujuan tersebut. Rakan kongsi ini telah mencipta satu alat untuk mengukur kebolehan pelajar dalam ketidakupayaan mereka, yang mana objektif tersebut tidak dapat diperoleh melalui ujian dan peperiksaan seperti sebelum ini.
Program transformasi ini melibatkan Sijil Vokasional Malaysia (SKM) dan kemahiran pekerjaan yang melengkapkan belia berisiko yang terpaksa berhenti sekolah. Inisiatif mereka menyokong agenda ekuiti pendidikan Hasanah yang ingin menangani masalah keciciran pelajar, dan menyokong anak-anak dari komuniti terpinggir / kurang bernasib baik.
Mengadakan sesi pembinaan kapasiti
Merangka pelbagai pelan strategik
Melalui program Sekolah Amanah Yayasan AMIR, sekolah-sekolah awam diletakkan di bawah yayasan ini selama lima tahun bagi membolehkan pengurusan sekolah dapat dibuat secara bersama dengan pengetua-pengetua sekolah tersebut, yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Misi organisasi yang bukan berasaskan keuntungan ini termasuklah mewujudkan pengalaman pembelajaran yang mengutamakan pelajar dan memperkasakan pengambilan keputusan mengenai belanjawan dan silibus pembelajaran.
Kaunselor dari sekolah yang terletak dalam jarak 5 hingga 10km dari pelbagai Projek Perumahan Rakyat dan perumahan kos rendah di Selangor, KL, Pulau Pinang dan Johor mengambil bahagian dalam program Pembangunan Profesional Berterusan kesihatan mental yang diadakan oleh Yayasan PINTAR dengan kerjasama unit Kesihatan Mental di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain merekrut, melatih dan menyokong pendidik muda di sekolah-sekolah berkeperluan tinggi selama dua tahun, platform pembangunan kepimpinan tahunan Teach For Malaysia yang dikenali sebagai program Felo TFM membantu para alumni melakukan perubahan sistemik dan struktur yang sangat diperlukan dalam bidang pendidikan.
Program bimbingan dan penilaian dalam talian universiti ini menyasarkan sejumlah sekolah luar bandar di Pulau Langkawi, Pendang dan Baling yang mempunyai prestasi rendah dalam Matematik. Pengalaman pembelajarannya yang inovatif dan mesra pengguna melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas matematik sehingga peringkat tinggi dengan mengenal pasti kelemahan mereka dan mencari penyelesaian bagi membolehkan mereka memahami subjek tersebut dengan lebih baik.
Secara purata
Selain menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang, Yayasan Khazanah juga menyediakan program kepemimpinan dan pembangunan peribadi untuk mewujudkan generasi pemimpin masa hadapan dengan aspirasi bahawa para pemegang biasiswanya, suatu hari nanti, akan memegang jawatan-jawatan penting dalam organisasi terbaik di Malaysia.
Laporan Hasanah2019
The Hasanah Report 2019