MENU

Melangkah Lebih Jauh

01 | Hari Hasanah

Hari Hasanah adalah hari di mana Khazanah, bersama Yayasan Hasanah, Yayasan Khazanah, Institut Penyelidikan Khazanah, Think City, rangkaian rakan kongsi dan kakitangan kami meluangkan masa dan usaha untuk melakukan kebaikan demi manfaat orang lain. Ia diadakan setiap tahun antara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kami mengalu-alukan anda untuk melakukan aktiviti kebaikan pada Hari Hasanah, September ini. Selagi ianya datang daripada hati, tindakan yang kecil pastinya mampu memberi kesan yang besar. Berikut  beberapa gambar semasa Hari Hasanah tahun lalu!

02 | Usaha Tanggungjawab Korporat Khazanah & Hasanah

Setiap tahun, Yayasan Hasanah dan Khazanah berganding bahu memastikan komuniti yang memerlukan – sama ada di dalam atau di luar negara  – menerima bantuan ketika dalam kesusahan. Sepanjang tahun 2019, sejumlah RM201,940 bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mereka yang amat memerlukan. Berikut merupakan dua kerjasama yang telah kami laksanakan.

Bersama National Centre For Community Rehabilitation, sokongan dalam bentuk kewangan sebanyak USD35,000 telah membantu  kanak-kanak yang cedera dan kurang upaya daripada Semenanjung Gaza dan akibat daripada demonstrasi GMR (Great March of Return). Perkhidmatan kesihatan dan pemulihan telah memberi manfaat kepada 100 kanak-kanak kurang upaya selama enam bulan, disamping penyediaan alatan bantuan, sementara menunggu penilaian keperluan dan pembinaan kesedaran untuk 200 pengasuh yang memfokuskan kepada keperluan dan hak kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

 

Dari segi tempat tinggal, kami bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency dan HRDF (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) untuk  memberi sokongan kepada 507 mangsa kebakaran di Kg. Otentik Tawau, Sabah, yang kehilangan tempat tinggal. Mangsa-mangsa yang selamat daripada kebakaran 87 rumah kayu ini menerima bantuan berupa barang keperluan bukan makanan seperti pakaian seragam sekolah, selimut dan lampin bayi.

THR19-GOING-ABOVE-02
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.