individu mengambil bahagian dalam inisiatif pembangunan kapasiti untuk melindungi dan memulihara ekosistem hutan, sungai dan laut
hektar disokong untuk pemulihan / perlindungan / pewartaan
yang mana 2 hektar telah dipulihkan / dilindungi / diwartakan setakat ini, dengan 642 pokok ditanam
Reef Check Malaysia
Penjimatan 5,700 kg CO2 atau bersamaan 508.93 hari penggunaan elektrik untuk satu isi rumah, melalui 3,000kg sisa makanan yang dikompos
Reef Check Malaysia
Penjimatan CO2 melalui botol plastik yang dikitar semula
Reef Check Malaysia
Yayasan Sultanah Bahiyah
MELAPI
SEKARANGLAH MASANYA
Dari Johor menuju ke sempadan Thailand, ia tersembunyi daripada mata kasar. Ia hidup, walaupun hanya di beberapa bahagian. Namun, keindahannya tetap jelas ternyata.
80% penduduk Malaysia bergantung kepadanya untuk bekalan air dan ia merupakan tempat tinggal bagi pelbagai jenis flora dan fauna. Ada yang mengenalinya sebagai Central Forest Spine (CFS). Malangnya, sebilangan besar tidak pernah mengetahui tentangnya sama sekali.
Dikonsepkan di bawah Rancangan Fizikal Nasional (NPP) pada tahun 2005, CFS terdiri daripada empat kompleks hutan utama iaitu Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Nakawan, Taman Negara-Banjaran Timur, Pahang Tenggara, Chini dan Bera Wetlands dan Endau Rompin Park- Rizab Hidupan Liar Kluang, melibatkan lapan buah negeri.
Walaupun dengan kepentingannya yang cukup besar, biodiversiti ini melalui kemerosoton pada kadar yang sangat membimbangkan. Walaupun setelah diformulasi di bawah NPP, sebahagian besar CFS terus menghilang, memburukkan lagi ekosistem yang sememangnya sudah tidak lagi seimbang.
Inilah harga yang cukup besar yang terpaksa kita bayar demi pembangunan bandar yang pesat dan campur tangan manusia untuk mengaut keuntungan. Pembangunan besar-besaran dan tidak mampan telah merobek habitat semula jadi yang luas menjadi bahagian-bahagian tertentu tidak terhubung, seterusnya mewujudkan pulau-pulau hutan. Antara tahun 2006 dan 2011 sahaja, sejumlah 1784 haiwan liar terbunuh ketika melintasi lebuh raya. Ketidakupayaan haiwan untuk bergerak dengan selamat adalah kesan tragis dari pemecahan hutan ini.
“Hutan hujan merupakan teknologi paling cekap yang untuk memerangi perubahan iklim. Sehingga kini, tidak ada yang lain lagi dapat menyerap karbon dioksida dalam jumlah yang besar dan melepaskan oksigen untuk manusia,,”
jelas Kee E Lene, penasihat Roots & Shoots Malaysia. Bersama presiden program, TP Lim, beliau juga telah memperkenalkan Anugerah Roots & Shoots Malaysia, yang dibiayai oleh Hasanah dan julung kali diperkenalkan pada tahun lalu.
Anugerah itu mengiktiraf belia yang menyelesaikan satu siri aktiviti sukarela dengan rakan kongsi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Tropical Rainforest Conservation and Research Centre, Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara dan Free Tree Society. Sukarelawan boleh memilih untuk melengkapkan perkhidmatan selama 40, 56 atau 72 jam dalam tempoh tiga bulan dan tahun lalu, seramai 36 belia telah menjadi sukarelawan dengan jumlah jam keseluruhan sebanyak 3,200 jam.
1 Salman Saaban (Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia) 2016 – Kertas telah dibentangkan di Forum Biodiversiti 2016 dan Dokumen Projek UNDP: Meningkatkan Kesinambungan dalam Landskap CFS
2 ibid
3 ibid
4 Dokumen Projek UNDP: Meningkatkan Kesinambungan dalam Landskap CFS
Walaupun hutan memainkan peranan yang sangat penting, Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah menganggarkan bahawa antara tahun 1970 dan 2015, Malaysia kehilangan 30% perlindungan hutan yang berharga. Setahun kemudian, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan pula mendedahkan bahawa transisi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi telah memberi tekanan yang dahsyat kepada biodiversiti negara, sehinggakan setengah daripada spesis tumbuh-tumbuhan negara sedang menghadapi ancaman kepupusan dan telah berlaku kepupusan spesis seperti Badak Sumatera dan Burung Merak (Green Peafowl)
“Kita mempunyai hutan hujan ke-13 terbesar dan tertua di dunia. Tidak seperti banyak negara barat, kita masih mempunyai peluang untuk menyelamatkannya. Seperti yang dikatakan oleh Dr Jane Goodall – Hanya jika kita faham, kita boleh peduli. Hanya jika kita mengambil berat, kita akan membantu. Hanya jika kita membantu mereka akan diselamatkan”
E Lene memetik kata-kata pakar primatologi dan antropologi terkenal yang juga pengasas program Roots & Shoots yang telah menjadi satu gerakan belia global.
Dengarkan pesanan Jane Goodall di sini!
5 Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
6 Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)
Hasanah bekerjasama dengan Nuvista Media, Roots & Shoots dan Global Environment Centre (GEC) – organisasi-organisasi yang menyokong perlindungan alam sekitar dan penggunaan sumber asli secara lestari – setiap satu mempunyai peranan yang bebas dan penting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelbagai kumpulan masyarakat. Naib Presiden Kanan dan Ketua Alam Sekitar Hasanah, Ivy Wong menjelaskan bahawa ini adalah sebagai persiapan untuk penglibatan awam yang dijadualkan pada 2019.
“2019 adalah tahun untuk mendekati pelbagai kumpulan masyarakat yang berbeza dan mengadakan perbincangan mengenai pemuliharaan ekosistem CFS,” kata Ivy.
Tujuan filem ini adalah untuk memberikan kesedaran mengenai perkembangan di lapangan, bagaimana ia mempengaruhi ekosistem dan penghuninya dan mencadangkan cara bekerjasama baharu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.
Ivy Wong - Ketua Alam Sekitar
Projek ‘Discovering Peninsular Malaysia Central Forest Spine’ oleh Nuvista telah dijalankan dengan mensasarkan para pembuat keputusan dan penggubal dasar. Antara penonton untuk dokumentari selama 15 minit bertajuk Central Forest Spine – Connecting our Forests ini adalah Kementerian Sumber Asli, Air dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan kerajaan-kerajaan negeri. Dengan pelbagai cabaran yang melanda CFS, dokumentari ini memfokuskan kepada fakta dan mencari penyelesaian untuk CFS.
“Mereka (pembuat keputusan) memiliki kekuatan untuk mempengaruhi perubahan. Sebagai ahli konservasi, kami merasakan bahawa setiap orang mesti selalu diingatkan tentang apa yang perlu mereka lakukan. Dalam filem ini, kami telah memberikan pelbagai saranan yang dapat dilaksanakan”
kata Lara Ariffa Kamarul Ariffin, merujuk kepada cadangan yang diberikan seperti mewujudkan bon hutan dan impak dan juga bayaran bagi mereka yang melakukan perkhidmatan ekosistem.
“Kami tidak mengharapkan perubahan secepat mungkin, tetapi kami berharap rakaman kami terhadap haiwan berkaki tiga yang kami temui di hutan, haiwan yang mati di lebuh raya, banjir dan tanah runtuh akan terus diingati dan memberi impak ketika mereka membuat keputusan di masa hadapan,” kata Lara yang bersama-sama mengasaskan Nuvista dengan suami beliau, Harun Rahman.
GEC juga menangani segmen penting lain iaitu anggota komuniti yang merupakan penerima manfaat dan pihak berkepentingan CFS. Projek mereka melibatkan pemuliharaan hutan dan habitat sungai di Lembangan Sungai Hulu Kinta (UKB).
Meliputi kawasan berkeluasan kira-kira 25,000 hektar, UKB adalah aliran sungai utama yang menyediakan air yang boleh diminum untuk kawasan Ipoh dan beberapa bahagian penting CFS. Walau bagaimanapun, pembangunan berterusan di lebuh raya Ipoh-Simpang Pulai ke Tanah Tinggi Cameron mempengaruhi bekalan dan tadahan air termasuklah biodiversiti dan juga komuniti setempat.
Sebagai sebahagian daripada projek mereka, GEC bekerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan untuk menyusun Strategi Pengurusan Lembangan Sungai Hulu Kinta, sebuah pelan komprehensif yang melibatkan persekitaran UKB (iklim, jenis tanah, biodiversitii, badan air dan penggunaan sosiobudaya), isu-isu pengurusan, cadangan strategi pengurusan pelan dan juga pelaksanaan dan prestasi indeks utama.
Salah satu penerima manfaat utama yang disasarkan oleh GEC adalah komuniti Orang Asli yang merupakan pengguna utama sumber air dan ekosistem. Selain memberi latihan dalam rondaan masyarakat dan pengawasan hutan, mereka juga didedahkan dengan eko-pelancongan sebagai sumber pendapatan alternatif.
GEC juga mendekati masyarakat bandar dan pinggir bandar yang tinggal di Ipoh dan kawasan sekitarnya dengan harapan untuk menghidupkan semangat pemilikan alam sekitar yang kuat dalam diri mereka dan seterusnya memperoleh rakan kongsi pelaksana jangka panjang melibatkan perkara ini.
“Mereka bertindak sebagai mata dan telinga dengan memantau sungai, pencemaran dan sampah serta memastikan kawasan tadahan dan rizab sungai dijaga dan bebas daripada pencerobohan pihak ketiga, termasuklah mereka yang memiliki kepentingan politik. Kumpulan ini juga menyebarkan maklumat mengenai pengurusan UKB yang bersepadu kepada masyarakat setempat dan memberi kesedaran melalui kitar semula, pertanian komuniti, sungai angkat dan pemantauan sungai,”
Norazrin Hj Mamat – Pegawai Program, Global Environment Centre
Pada masa ini, sebahagian anggota komuniti dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Pengkalan Gate, KRT Taman Tasek Jaya, KRT Klebang Selatan, KRT Buntong 3 & 4, KRT Pekan Tambun, KRT Taman Seri Gaya, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Tersusun Tasek dan KRT Klebang Selatan yang telah menjalani latihan River Ranger selama sehari, memantau sungai dan tahap pencemarannya pada setiap bulan.
Data yang mereka perolehi kemudiannya dikongsi dengan GEC melalui laman web River Ranger, Google Form dan WhatsApp untuk dianalisa dan diserahkan kepada badan-badan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Inisiatif lain menyaksikan 100 anak pokok buluh, gaharu dan kangsar ditanam di sepanjang Sungai Kinta.
Bagi RASMA pula, mereka memberi penekanan kepada generasi muda. Dr. Jane Goodall, pengasas Institut Jane Goodall yang juga merupakan ‘UN Messenger of Peace’ dalam memuji inisiatif itu berkata,
“Anugerah ini mendorong anak muda untuk menjadi sukarelawan untuk organisasi-organisasi yang diluluskan dan berusaha menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Saya yakin ia akan membantu meningkatkan kehidupan ramai orang, haiwan dan persekitaran di Malaysia yang sangat indah.”
“Sangat mudah untuk merasakan diri sebagai seorang hero ketika menjadi sukarelawan …Berada di Royal Belum selama dua bulan telah banyak mengubah perspektif saya.”
Nurfatin Najhah binti Hamzah, Sukarelawan
Beliau bersyukur atas kesempatan yang diberikan untuk berinteraksi rapat dengan suku orang asli Jahai dan lebih memahami peranan mereka sebagai pelindung hutan, yang merupakan tempat mereka bergantung hidup, suatu aspek yang menurut beliau, sukar difahami oleh penduduk bandar. Nurfatin juga menyaksikan tiga gajah masuk ke kampung dan memakan tanaman petani.
Sebenarnya, konflik antara manusia dan hidupan liar merupakan masalah besar dalam CFS yang melibatkan pengurangan habitat ditambah pula dengan peningkatan aktiviti manusia. Sememangnya alam semulajadi mempunyai cara penyembuhannya yang tersendiri jika diberi peluang.
Bagi pelbagai isu lain yang mengancam kelangsungan dan juga biodiversitinya, masa merupakan penentu utama. Bak kata pepatah lama Cina,
‘Masa terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu. Masa kedua terbaik adalah sekarang.’
Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi lain dalam bidang Alam Sekitar. Klik untuk melihat apa yang mereka lakukan.
© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.
Dalam usahanya membantu penyelidikan saintifik bertaraf dunia bagi menangani isu-isu utama alam sekitar yang dihadapi di kawasan tropika, mereka turut membangunkan keupayaan pengamal pemuliharaan untuk mengenal pasti, mengutamakan dan menilai khidmat ekosistem melalui Kit Alatan untuk Perkhidmatan Ekosistem Berasaskan Penilaian Lapangan (Toolkit for Ecosystem Service Site Based Assessment – TESSA). Pada masa hadapan, mereka berhasrat meningkatkan skala TESSA di Central Forest Spine melibatkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Melatih dan membantu dua komuniti luar bandar yang tinggal di Central Forest Spine (CFS) di Perak untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang memberikan perspektif asli yang sangat diperlukan bagi masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan seterusnya menarik perhatian orang ramai terhadap perkara-perkara mendesak tersebut.
Menghasilkan Pelan Pengurusan Pemuliharaan untuk kegunaan agensi pelaksana negeri, yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan pelbagai spesis tumbuhan di Perak, Kelantan dan Terengganu.
Anugerah Roots & Shoots Malaysia yang diadakan buat julung kalinya telah menjadi asas untuk membina kesedaran dan semangat kesukarelawanan dalam lanskap Central Forest Spine (CFS) di kalangan masyarakat umum, khususnya generasi muda. Ia mengetengahkan kepentingan khidmat ekosistem yang tidak ternilai yang diberikan CFS untuk bumi dan penghuninya.
Dokumentari ini dihasilkan untuk para pembuat keputusan, pegawai kerajaan dan keluarga Diraja di setiap negeri. Dokumentari ini berkisar tentang isu-isu yang dihadapi Central Forest Spine dan cadangan penyelesaiannya. Objektif dokumentari ini adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan dan untuk memudahkan kefahaman mengenai isu-isu yang timbul dalam memelihara CFS.
Guru-guru sekolah menengah di Kedah akan dilatih untuk melaksanakan projek sekolah lestari yang akan menekankan peningkatan kesedaran, mendorong pemisahan sisa-sisa makanan dan pengumpulan sisa buangan kebun, mewujudkan tong kitar semula dan kompos serta pusat kitar semula dan juga memperkenalkan program di mana pelajar boleh menukar bahan buangan yang boleh dikitar semula dengan kredit perbelanjaan.
Strategi untuk pengurusan sumber hutan dan air di lembangan sungai Hulu Kinta di Central Forest Spine, telah melibatkan komuniti untuk menangani isu-isu mengenai pengurusan hutan dan perlindungan sungai serta mekanisme kewangan untuk pengurusan Lembangan Sungai Kinta yang lestari.
Dalam usaha menggalakkan kewujudan ekologi yang lestari, organisasi ini menjalin kerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menambah baik skim Pembayaran untuk Ekosistem (PES) peringkat negeri melibatkan kawasan pemuliharaan tadahan air di pantai barat Sabah. Pada masa sama, ia turut melaksanakan perbincangan mengenai rancangan pengawasan air, pengukuran kualiti air, pengumpulan yuran pemuliharaan air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan PES.
Penjimatan
Dalam usaha ke arah pengurusan terumbu karang yang lestari di negara ini, projek terbaharu mereka tertumpu di Pulau Mantanani, Sabah, yang merupakan salah satu daripada tiga pulau di mana organisasi tersebut dikenali komuniti setempat. Usaha-usaha mereka termasuklah menubuhkan Kawasan Marin Terurus yang dikendalikan oleh pihak berkepentingan, sistem pengurusan bahan buangan di pulau tersebut dan skim pekerjaan melibatkan latihan kemahiran.
Organisasi sukarelawan ini memberi inspirasi kepada komuniti penduduk negeri Sabah melalui filem dan penceritaan yang mendorong masyarakat luar bandar untuk menyatakan aspirasi mereka dan usaha untuk kelestarian masa depan. Agenda yang dibawakan oleh Program Kemampanan Pemimpin Muda (YL4S) memupuk dan memperkasa belia bandar untuk memulakan perubahan alam sekitar.
Dalam meneruskan misinya untuk mewujudkan dunia yang damai dan lestari di mana manusia dapat hidup dengan harmoni bersama alam semula jadi, usaha pemuliharaan dan perlindungan yang berasaskan komuniti menumpukan ekosistem marin dan pesisir pantai di Semenanjung Malaysia.
di Kedah didedahkan dengan konsep dan amalan penggunaan mesra alam dan lestari.
Dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Kedah, Modul iG-Home yayasan ini merangkumi pembelajaran teori mengenai amalan pengeluaran dan penggunaan mesra alam dan kehidupan yang lestari serta penerapan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di peringkat sekolah dan kawasan perumahan.
Rakan kongsi ini menguruskan pendidikan, jangkauan dan advokasi untuk memupuk kesedaran, keterlihatan dan perlindungan undang-undang terhadap Hutan Simpan Ulu Muda yang lebih dikenali sebagai Greater Ulu Muda sebagai sebahagian daripada lanskap Central Forest Spine, seiring dengan visi bersama pelbagai pihak berkepentingan untuk pemeliharaan biodiversiti dan khidmat ekosistem kawasan ini.
Sebuah ladang eko di Kampung Ulu Gumum, Pekan, Pahang dipilih sebagai model strategi untuk sumber pendapatan yang akan dijadikan rujukan di seluruh negara dalam mewujudkan sumber pendapatan bagi Orang Asli. Model ini akan memperkasa keluarga Orang Asli untuk menguruskan sumber pendapatan mereka dan melindungi hutan mereka melalui pendekatan pengurusan secara bersama.
Laporan Hasanah2019
The Hasanah Report 2019