diberi pendedahan mengenai seni, warisan dan budaya Malaysia melalui sokongan Hasanah dalam pelbagai pertunjukan, tayangan, produksi teater, bengkel, pameran, festival dan aktiviti membina tempat (placemaking)
Pada 2019, tumpuan telah diberi untuk memelihara seni Teochew dan Wayang Kulit
INISIATIF KAMI DALAM MEMELIHARA
DAN MEMULIHARA ASET SENI, WARISAN & BUDAYA KITA
artifak didokumentasikan di Galeria Perdana Langkawi
penyelidik telah diberi sokongan untuk mencipta bunyi Gamelan secara mekanik
Menghantar pencalonan kepada Pendaftaran Warisan Negara supaya audiovisual warisan dimasukkan dalam Akta Warisan Nasional 2005
Selama bertahun-tahun, proses menghasilkan animasi telah berkembang daripada kepayahan memindahkan karya seni tangan di atas kertas ke plastik kepada, kaedah digital yang digunakan dalam filem-filem yang lebih terkini. Walau bagaimanapun, audiovisual tidak terhad kepada animasi sahaja. Filem, dokumentari dan rakaman audio termasuk dalam kategori ini, yang mewujudkan kekayaan koleksi yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Klip hitam putih ikonik Tunku Abdul Rahman ketika mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pemerintahan British di Stadium Merdeka merupakan salah satu contoh yang sangat bermakna.
Ā
Gambar-gambar bergerak seperti itu merupakan hasil ekspresi identiti budaya manusia, sama ada dalam masyarakatĀ terdahulu atau masa kini. Bagi masyarakat masa kini,Ā ia juga dapat mewakili ekspresi yang lebih baharu yang membentuk budaya kontemporari. Audiovisual adalah kaedah asas untuk merakam perkembangan peristiwa yang mempunyai nilai pendidikan, budaya, seni, saintifik dan sejarah. Melalui bahan-bahan tersebut, kita dapat merasakan semula kemenangan-kemenangan yang diperoleh dalam sukan, amalan-amalan kuno masyarakat tertentu dan peristiwa-peristiwa pentingĀ lain.
Namun, sejak sekian lama, audiovisual dipandang remeh dan peranannya sebagai sebahagian daripada warisan negara kurang dihargai. Di negara kita yang berbilang kaum, atau lebih dikenali sebagai ārojakā dalam bahasa tempatan, medium ini yang diketepikan dalam penceritaan sosial, budaya dan sejarah Malaysia merupakan satu kerugianĀ kepada masyarakat. Kristal Azmir Sdn Bhd (Kristal Azmir) turut merasakan perkara yang sama. Dengan program World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) sebagai perantara, mereka menggendalikan status quo dan menyelamatkan bahan-bahan berharga ini daripada terus terkubur.
“Kami bercita-cita sejak sekian lama untuk memainkan peranan yang lebih serius dalam WHMIC, tetapi kekangan kewangan telah menjadi halangan,“
kata Azharul Azmir Kamarulzaman yang bersyukur kerana Hasanah memahami kepentingan audiovisual hingga membolehkan inisiatif ini dapat dilaksanakan. Beliau adalah Pengarah Urusan Kristal Azmir, yang entitinya dikenali dalam bidang audiovisual dan penyokong kelab penghargaan filem.
Pada tahun 2005, UNESCO telah meluluskan sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia yang melambangkan komitmen untuk melindungi bahan audiovisual yang penting. Ini akan memastikan akses awam untuk bahan audiovisual ini, bukan hanya untuk generasi masa kiniĀ tetapi juga akan datang.
Di peringkat tempatan, Rancangan Malaysia Kesebelas menyaksikan pelaksanaan langkah yang tepat ke arah pemeliharaan audiovisual. Permata yang berdekad-dekad berada di arkib Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan RTM didigitalkan di bawah satu inisiatif yang dipercayai oleh Ketua Seni dan Ruang Awam Hasanah, Zainariah JohariĀ akan menarik minat generasi muda.
Dengan golongan ādigital nativeā sebagai pengganti, inisiatif ini akan dapat menarik minat mereka mengenai sejarah negara yang telah direkodkan, melibatkan pelbagai peristiwa menarik dan penting. Secara tradisionalnya, pemeliharaan telahpun dilakukan sebagai tindak balas terhadap ancaman kemusnahan bahan dan bagi membolehkan ia digunakan pada masa hadapan. Ketika ini, semakin banyak pengetahuan itu disimpan secara elektronik.
Zainariah Johari - Ketua Kesenian & Ruang Awam
Untuk melengkapkan usaha pemeliharaan sedia ada, tujuan WHMIC adalah mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai audiovisual yang berusia sekurang-kurangnya dua dekad dan mempunyai kepentingan sejarah, sosial dan budaya. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.
22 aktiviti yang dijalankan oleh WHMIC merangkumi tiga aspek yang menjadi kunci penubuhannya iaitu memupuk kesedaran, meningkatkan kebolehcapaian awam dan mendapatkan pengiktirafan nasional. Tujuan utamanya agar audiovisual diiktiraf sebagai warisan negara.
Pada masa ini, audiovisual tidak dikenalpasti di bawah Seksyen 67 Akta Warisan Negara 2005. Oleh itu, ia tidak berada di bawah bidang kuasa Jabatan Warisan Negara. Namun, hasil kerja keras mereka kini mula menampakkan hasil. Ia dilihat melalui Bengkel Pencalonan Daftar Warisan – Khazanah Audiovisual, salah satu daripada lapan program yang dilaksanakannya, dimana Jabatan Warisan Negara telah meminta WHMIC menyiapkan kertas kerja agar Majlis Warisan Negara dapat mempertimbangkan perkara tersebut.
Di bengkel itu juga, Timeless Temiar dan Valley of Hope telah disenarai pendek untuk dicalonkan ke Majlis Warisan Negara atas sumbangannya dalam menggambarkan gaya hidup manusia ketika zaman-zaman yang berkaitan. Timeless Temiar adalah sebuah dokumentari tahun 1956 mengenai kehidupan masyarakat orang asli di Hulu Perak yang dikenali sebagai Temiar. Sementara Valley of Hope, yang dihasilkan setahun sebelumnya adalah dokumentari mengenai orang-orang yang tinggal di Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh, dimana bangunannya dilihat semakin usang pada masa kini.
Dalam meneliti kurangnya perhatian terhadap audiovisual, Kristal Azmir juga dengan kesal menyatakan bahawa tidak ada bahagian di Muzium Negara yang didedikasikan untuk audiovisual dan tiada satu komponen pun mengenai audiovisual dalam sistem pendidikan negara. Walau bagaimanapun, kini ia berubah menjadi lebih baik. Perbincangan sedang berlangsung dengan tiga muzium negeri untuk membolehkan audiovisual diakses oleh orang ramai. Pada masa sama, sesi tayangan di bawah Jelajah Apresiasi Warisan Khazanah Audiovisual dijalankan untuk memperkenalkan medium iniĀ kepada pelajar dan guru di beberapa buah sekolah.
āSokongan yang diberikan oleh Yayasan Hasanah untuk projek ini menjangkaui aspek kewangan. Ia melibatkan elemen yang lebih penting dengan memberi kredibiliti kepada WHMIC dalam membina keyakinan kepada pelbagai pihak lain untuk bekerjasama dengan kami dan menjayakan inisiatif ini.ā
- Azharul Azmir Kamarulzaman
“Program dan aktiviti yang dijalankan melalui inisiatif ini membolehkan WHMIC diakui sebagai pemegang kepentingan. Kerjasama dengan pelbagai pihak dalam sektor ini, yang mempunyai tujuan yang sama telah mendapat keyakinan dan pengiktirafan daripada agensi tempatan dan antarabangsa,“
kata Azmir yang memetik beberapa pihak tersebut seperti Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Pusat Budaya Asia (ACC), Jawatankuasa Memori Dunia untuk Asia dan Pasifik (MOWCAP) dan Pertubuhan Arkib Audiovisual Asia Tenggara-Pasifik (SEAPAVAA).
Malah, UNESCO, ACC dan MOWCAP juga telah menyatakan sokongan mereka terhadap sebuah buku berjudul Khazanah Audiovisual Negara yang akan diterbitkan oleh Kristal Azmir sebagai sebahagian daripada penyampaian mereka di bawah WHMIC.
Di bawah Jelajah Apresiasi Warisan Khazanah Audiovisual, lima sekolah rendah, lima sekolah menengah dan enam komuniti PPR – dipilih setelah berbincang dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – menyertai tayangan audiovisual terpilih daripada koleksi yang diarkibkan. Seramai 2,151 pelajar, 30 guru dan 1,043 penduduk telah hadir. Cabaran utama bagi program ini adalah dalam menyesuaikan pendekatan untuk setiap penonton.
Walaupun pilihan dan respons peserta berbeza-beza, satu persamaan dapat dilihat.
āPeserta umumnya tidak menyedari bahawa kami mempunyai koleksi dari tahun-tahun sebelumnya, sehingga beberapa dekad yang lalu. Secara keseluruhan, mereka berminat untuk belajar lebih banyak dan mengetahui khazanah lain yang terdapat di arkib negara… Kami percaya ini adalah permulaan yang baik dan penghargaan terhadap audiovisual akan berkembang, ā
Azmir berkata dalam mengukuhkan lagi keperluan adanya WHMIC.
Melihat usaha menerapkan penghargaan terhadap audiovisual sebagai warisan yang harus dilindungi masih berada di peringkat awal, mendapatkan penerimaan masyarakat sepenuhnya tidak mungkin terjadi dalam tempoh masa yang singkat.
āDengan adanya cabaran, terdapat peluang untuk bekerja dengan lebih keras. Ini dengan sendirinya menunjukkan betapa pentingnya inisiatif ini,ā
Azmir mengatakan bahawa usahanya tidak berakhir di sini dan beliau bersedia untuk masa akan datang.
Dalam tempoh dua belas bulan yang singkat, gabungan semua program WHMIC yang mempunyai keistimewaan dan kepentingannya tersendiri mewujudkan karya agung berupa satu bentuk penghargaan baharu untuk gambar bergerak. Dengan berbuat demikian, iaĀ membawa medium audiovisual yang dilupakan ini semakin dekat untuk mendapat pengiktirafan rasmi yang sewajarnya
Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi lain dalam bidang Kesenian & Ruang Awam. Klik untuk melihat apa yang mereka lakukan.
Ā© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.
Dalam versi program Alam Kreatif yang telah ditambah baik sejak tahun 2018, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tengku Bainun terus menyediakan tempat yang selamat untuk generasi muda bagi meneroka kreativiti dan menghargai seni, warisan dan budaya, sejajar dengan objektif teras seni Hasanah. Kelas-kelas kreatif yang diadakan memenuhi keperluan kanak-kanak daripada komuniti terpinggir melalui kelas yang ditaja untuk golongan kurang berkemampuan dan kurang mendapat perkhidmatan.
Secara keseluruhan
Dengan menggunakan pendekatan hiburan dan pendidikan (edutainment), pakar pembangunan kandungan ini berusaha meningkatkan kesedaran terhadap seni, warisan dan budaya (AHC) melalui pelaksanaan Modul Pemikiran Reka Bentuk AHC yang mensasarkan sekolah-sekolah di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di bawah World Heritage Moving Image Centre, tayangan filem warisan dilakukan di beberapa ruang awam terpilih, sekolah, universiti dan pawagam untuk mendedahkan anggota masyarakat kepada segmen warisan negara yang sering kali diabaikan, dengan memberi tumpuan khusus kepada filem-filem yang dihasilkan antara tahun 1950 dan 1960.
Menggabungkan perasaan cinta terhadap makanan dan keperluan mendesak untuk ekosistem lestari dalam memelihara warisan kulinari, FriedChillies melalui Projek KWIH (Kuih, Warisan, Ihsan Haridepan) didedikasikan untuk mengesan dan mendokumentasikan resipi-resipi kuih warisan seperti yang diterbitkan dalam buku berjudul Around West Coast Malaysia in 80 Days (Sekitar Pantai Barat Malaysia dalam 80 Hari) – sebelum ia hilang selama-lamanya.
Sekumpulan penyelidik, penulis, pereka grafik, jurugambar dan sejarawan menjalankan tugasĀ menceritakan dan mendokumentasikan 300 daripada 9,150 momento yang dipamerkan di Galeria Perdana Langkawi secara tepat dan dengan penyelidikan mendalam. Objektifnya, mendorong penghargaan orang ramai sambil mewujudkan titik rujukan untuk seni atau artifak dari seluruh dunia.
Yayasan Cruyff meneruskan misinya dalam menyediakan ruang permainan yang selamat dan inklusif di sesuatu kawasan untuk kegunaan seramai mungkin kanak-kanak di seluruh dunia, yang dikenali sebagai Gelanggang Cruyff . Dibangunkan dengan keyakinan bahawa sukan dan permainan adalah bahagian penting dalam perkembanganĀ kanak-kanak secara sihat dan baik, ia juga mendorong perkembangan peribadi, keyakinan diri, dan perhubungan kanak-kanak – sesuatuĀ yang berhak dimiliki oleh kanak-kanak di seluruh dunia.
Laporan Hasanah2019
The Hasanah Report 2019