RM
0
disediakan untuk menyokong kiosk yang terjejas akibat kebakaran
RM
0
digunakan untuk memasang sistem penapisan air di Kg. Suang Punggor
penerima manfaat telah disokong melalui pelbagai program pembangunan kapasiti dan penjanaan pendapatan
penerima manfaat menunjukkan peningkatan pendapatan
penerima manfaat menjadi pemimpin dalam komuniti mereka
Inisiatif ke arah memperkukuh perkhidmatan perlindungan kanak-kanak
individu dilatih sebagai penceramah mengenai pencegahan Penderaan Seksual Kanak-kanak
diambil keluarga angkat sepanjang tahun 2017 – 2019 dan akan terus mendapat sokongan sehingga tahun ke 2selepas disatukan
USAHA YANG TERUS DIPERKUKUH
Sering kali suasana di sesuatu tempat ditentukan oleh komuniti yang tinggal di situ dan begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya mempengaruhi satu sama lain dan bergerak seiring.
Penduduk di PPR Lembah Subang menjalani kehidupan seharian mereka dengan penuh harmoni. Ketika duduk di warung di kawasan ini, bunyi kenderaan bermotor yang bertali arus memenuhi latar belakang suasana, sambil disulami dengan tawa riang kanak-kanak yang bermain di kawasan sekitar. Jalan raya yang menghubungkan lapan blok di sini boleh menjadi sangat sibuk. Walau bagaimanapun, amalan meletakkan kenderaan secara ‘double park’ dan kenderaan dibiarkan dengan brek tangan dibebaskan menunjukkan teras kepercayaan yang tinggi antara penduduk di sini bagi menguruskan masalah parkir yang terhad.
Sementara kami menunggu lif untuk pergi ke rumah salah seorang penerima manfaat yang merupakan peserta muda program Smart Parents Network, kami sempat berbual mesra dengan beberapa penduduk yang turut berada di dalam lif yang sama. Ia secara langsung menghilangkan suasana canggung yang biasanya terjadi di dalam lif. Kami rancak berbual sehingga tidak sedar sudah terlepas tingkat yang ingin dituju!
Zuhaini Ahmad Zubal mendapat tahu tentang WoW melalui seorang rakan yang juga salah seorang penerima bantuan. Setelah melepasi sesi temuduga yang dijalankan, beliau menerima pembiayaan mikro sebanyak RM2,000 untuk perniagaan bakeri di mana beliau menjual kek buah kukus dan florentin. Tart nanas nyonya rendah gula merupakan hasil tangan beliau yang paling istimewa, sebagai penghormatan kepada bapanya yang menghidap diabetes dan tidak dapat menikmati kuih tersebut.
“Saya mendapat dana ketika Hari Raya semakin hampir dan saya gunakan untuk membeli ketuhar.”
jelas Zuhaini yang juga menjual makanan bungkus. Dengan kawasan penghantaran yang semakin meluas hingga di luar kawasan PPR, beliau menggunakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal meliputi kawasan Ara Damansara dan Kelana Jaya.
Zuhaini bekerja sepanjang hari untuk memasak dan membakar dan kadang kala beliau juga mengambil pesanan untuk makan malam. Bahan-bahan masakan disediakan pada malam sebelumnya dan aktiviti memasak bermula jam 5.30 pagi keesokan harinya. Beliau menjangkakan keadaan akan menjadi sibuk menjelang Hari Raya dan mengambil pekerja sambilan untuk membantunya. Jika tidak, beliau melakukan kerja-kerja memasak dan membakar seorang diri sahaja.
Penerima pinjaman lain, Siti Azura Abdul Rahman, juga mengetahui mengenai organisasi ini melalui rakan-rakannya. Selain menjual kuih kapit tradisional, beliau membawakan kelainan yang cukup kreatif untuk kuih kapit tradisional yang dihasilkan, dengan menawarkan pelbagai perisa seperti mentega kacang, Oreo, kuaci dan coklat.
“Saya mendapat tahu daripada rakan-rakan saya bahawa WoW banyak membantu pemilik perniagaan kecil-kecilan seperti saya. Tidak seperti bantuan kewangan lain di luar sana, ia juga menyediakan latihan untuk membantu meningkatkan kehidupan kita,”
kata Azura yang memanggil pelatih WoW sebagai ‘cikgu’.
Dengan pelbagai bakat dan semangat keusahawan yang dimiliki, Zuhaini juga menerima pesanan reka bentuk grafik untuk penjenamaan produk seperti pelekat dan sepanduk. Berbanding perniagaan percetakan yang besar, pesanan minimum yang diambil beliau amat menepati keperluan pelanggannya, yang kebanyakannya adalah penerima bantuan seperti Azura.
1 Nor, Siti & Mohd Nor, Radieah & Samat, Narimah. (2017). Challenges to the Household Income Class B40 Increase in Developed Country Towards 2020 Case Study: Penang
2 Shahar, S., Lau, H., Puteh, S.E.W. et al. Health, access and nutritional issues among low-income population in Malaysia: introductory note. BMC Public Health 19, 552 (2019)
Kebanggaan jelas terlihat ketika Zuhaini, Azura dan Misha Ramli, yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Misha dalam kalangan komuniti setempat, memanggil diri mereka sebagai ‘Wanita WoW’. Melalui pelbagai cara, program ini telah mewujudkan sistem sokongan yang bukan sahaja melibatkan fasilitator seperti Prabu Nagamuthu, malah penerima bantuan lain sebagai rakan-rakan yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, Zuhaini dan Azura yang mempunyai perbezaan umur 10 tahun, telah berjumpa untuk pertama kalinya dalam satu bengkel yang dijalankan oleh WoW. Walaupun bertahun-tahun tinggal di PPR Lembah Subang, bermula dari bengkel inilah mereka mula menjalin persahabatan.
Selain pembiayaan yang diterima, Azura mengatakan bahawa tips mengenai amalan perkhidmatan pelanggan yang baik dan bagaimana mengekalkan motivasi diri telah banyak membantu beliau.
“Sebelum ini saya bukanlah seorang yang berani, tetapi sekarang, saya tidak lagi berasa takut untuk bertanya dan lebih yakin untuk bercakap dengan pelanggan,”
kata beliau yang berumur 35 tahun, dan pernah bekerja menjual nasi lemak di tepi jalan tanpa mengira hujan dan panas, dengan pulangan perniagaan yang sangat rendah, sebelum beliau menjalankan perniagaan kuih kapit.
Beliau teruja dengan tempat baharu untuk mempromosikan produknya di Dayabumi. Pada masa yang sama, beliau dan suami turut menguruskan sebuah gerai di pasar malam berhampiran lapangan terbang Subang dan menjual minuman berhampiran sebuah masjid pada setiap hari Jumaat.
“Kebanyakan wanita menjalankan perniagaan kecil dari rumah dan mereka mahu usaha mereka dikenali hingga ke luar komuniti mereka”
kata Prabu Nagamuthu – Pegawai Pembangunan Komuniti, WoW.
Sentimen tersebut dapat dilihat pada Zuhaini dan Azura yang berhasrat memiliki sebuah trak makanan dan sebuah kedai di luar kawasan PPR dalam usaha memperluaskan jangkauan produk mereka ke peringkat lebih tinggi.
“Walaupun ada antara kami yang tinggal di blok yang sama, kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Namun, kini kami merupakan sebuah keluarga, yang berdiri bersama di bawah WoW. Kadang-kadang kami berjumpa untuk minum kopi bersama sambil berbincang tentang hal perniagaan. Saya telah mengetuai persatuan lain di sini tetapi hati saya berasa sangat dekat dengan para wanita di bawah program ini.”
Kak Misha, Ketua Komuniti PPR Lembah Subang, yang dipilih melalui undian komuniti baru-baru ini.
Dari segi jualan, Zuhaini dan Azura mencatatkan peningkatan sejak mengikuti program keusahawanan yang dijalankan. Zuhaini yang dahulunya sukar menjual 50 bungkus sehari kini menerima lebih 60 pesanan untuk sarapan pagi sahaja manakala Azura pula menerima kira-kira 30 hingga 50 pesanan sebulan.
Tetapi bagi mereka, jumlah jualan bukanlah kayu ukur. Selain persahabatan yang terjalin, mereka menghargai latihan dan bengkel yang dilakukan dari semasa ke semasa, tanpa sebarang bayaran.
“Kelas membuat roti dan kek adalah mahal untuk disertai; saya hanya perlu mengambil inisiatif dan mengorbankan sedikit masa untuk menghadiri bengkel… Mulanya saya rasa saya sudah tahu cara membuat roti dan kek, namun saya belajar banyak perkara baharu selepas menyertai bengkel,”
kata Zuhaini merujuk kepada kelas membuat kek cawan baru-baru ini.
Menurut Prabu, para penerima bantuan juga diajar menggunakan dana yang diberikan secara berhemah untuk perniagaan dan bukannya untuk menyelesaikan keperluan kewangan peribadi.
Antara bidang latihan lain termasuklah pendidikan kewangan, penyimpanan buku akaun, pembungkusan produk dan pengurusan masa.
“Di penghujung setiap program, wanita-wanita ini sangat berminat mengetahui bila program yang berikutnya akan dijalankan,” katanya.
Wang daripada pembayaran balik pinjaman secara bulanan akan disalurkan ke dalam dana yang bertujuan memberi manfaat kepada penduduk PPR Lembah Subang. Ini merupakan satu langkah yang bertepatan dengan pendekatan berasaskan komuniti yang dilaksanakan Yayasan Hasanah untuk mewujudkan masyarakat yang holistik.
“Kami akan menggunakan dana tersebut untuk membina sesuatu yang bermanfaat untuk komuniti seperti pusat jahitan atau pusat jagaan harian,”
kata Prabu ketika menjelaskan bahawa segalanya masih dalam peringkat perancangan sementara menunggu semua pembayaran semula dibuat.
Penggunaan dana ini akan dilakukan setelah perbincangan dengan para penerima bantuan, memandangkan mereka lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh komuniti mereka.
Kita bukan sahaja melihat aspek pendapatan anggota komuniti sahaja, malah, kita juga melihat keperluan mereka yang lain dengan membawa rakan-rakan kongsi kita untuk menjalankan program tambahan untuk membantu seluruh komuniti sebanyak mungkin.
Anita Ahmad - Ketua Pembangunan Masyarakat
Salah satu rakan kongsi yang turut serta adalah Smart Parents Network yang menjalankan program dua minggu sekali untuk kanak-kanak di sini dengan kerjasama Kids Campus Sdn Bhd dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Pada awalnya, mereka menyasarkan anak-anak anggota WoW sahaja tetapi sekitar 100 kanak-kanak yang tinggal di sini muncul untuk sesi yang dijalankan,dua kali ganda daripada jumlah yang dijangkakan.
“Bahagian pertama program adalah untuk memupuk keyakinan, rasa hormat, komunikasi dan pembangunan kepemimpinan. Di bahagian kedua, kami menumpukan kepada pembinaan hubungan… Kami ingin meninggalkan program ini dengan sesuatu yang kukuh seperti ikatan kekeluargaan,”
jelas Zaid
Namun, tempat untuk mengadakan program ini merupakan satu cabaran. Ruang dewan-dewan serbaguna PPR yang kecil dan bilangannya yang sedikit membataskan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan. Walau bagaimanapun, aktiviti tetap dijalankan di sana kerana idealnya ibu bapa harus mengambil bahagian dalam aktiviti bersama anak-anak mereka.
Kehadiran ibu bapa bukanlah satu kewajipan namun majoriti daripada mereka tetap hadir. “Kami berpeluang berkomunikasi dengan ibu bapa. Sebelum mereka pulang, fasilitator kami akan mengulang semula bagaimana aktiviti dan pembelajaran dapat diperkukuhkan lagi di rumah. ” kata Zaid.
“Aktiviti-aktiviti itu menyeronokkan dan saya mendapat kawan baru.”
Ainna Shazreen, penerima manfaat berusia 13 tahun
Beberapa aktiviti yang amat menarik bagi Ainna ketika mengikuti program Smart Parents adalah lawatan ke Kidzania, yang menunjukkan kepelbagaian pilihan kerjaya yang berbeza untuk masa depan dan menonton Ejen Ali di pawagam. Dia berharap untuk mencuba aktiviti yang lebih mencabar pada masa hadapan.
“Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti seperti ini dapat merangsang dan mengembangkan mindanya melalui interaksi dengan rakan sebaya. Jika tidak, dia hanya akan berada di rumah. Tidak seperti kanak-kanak lain, mereka tidak keluar ke padang dan hanya berinteraksi dengan adik-beradik.”
kata ibu Ainna, Siti Salwah yang gembira kerana aktiviti tersebut dapat mengisi masa anak perempuannya.
Sekiranya perlu, makanan untuk program ini dibeli daripada anggota WoW yang menawarkan perkhidmatan katering manakala bas pula disewa daripada komuniti di sini. Amalan ini juga dilakukan oleh Yayasan Hasanah yang sering membuat pesanan daripada penerima-penerima manfaat mereka untuk acara seperti Rumah Terbuka Raya Khazanah bagi memberi peluang tambahan untuk mereka menjana pendapatan.
Wanita-wanita ini meluangkan masa pada sebelah pagi hari bekerja untuk sesi perkongsian ini. Dalam perniagaan, masa adalah wang. “Sebilangan pelanggan kecewa kerana sarapan tidak tersedia … Senang rasanya apabila dihargai dan saya berasa sangat bersemangat,” Zuhaini secara spontan mengatakan tentang manfaat program ini yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, tetapi sangat memberi kesan di hati beliau.
Kami juga bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi lain dalam Pembangunan Komuniti. Klik untuk melihat apa yang mereka lakukan.
© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.
Mendekati
Yayasan Sejahtera menangani kemiskinan tegar dengan membantu ahli keluarga di kalangan isi rumah berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan yang mampan dan menyediakan infrastruktur asas luar bandar kepada masyarakat. Inisiatif Yayasan Sejahtera tertumpu kepada memberikan latihan dan sokongan keusahawanan kepada anggota segmen B40 di PPR Sg Bonus dan PPR Seri Semarak di Kuala Lumpur serta Suang Punggor, Kota Belud di Sabah dan Bachok di Kelantan.
Bersama dengan inisiatif pinjaman mikro yang ditawarkan sejak tahun 2014 dan misi mengubah kehidupan wanita yang kurang bernasib baik, Program Pembangunan Keusahawanan diteruskan pada tahun ini di PPR Lembah Subang. Program ini memberi manfaat kepada para usahawan wanita yang menjalankan perniagaan mikro di sini melalui pembiayaan dan latihan kemahiran. Selain itu, terdapat serta aktiviti pendidikan dan pemerkasaan untuk anak-anak mereka dengan kerjasama Smart Parents Network.
Bermatlamat menghapuskan penginstitusian kanak-kanak di rumah penjagaan anak yatim dengan menyatukan mereka kembali dengan keluarga dan masyarakat. Antara tindakan dilakukan adalah dengan menempatkan bayi dan kanak-kanak ini dengan keluarga asal atau keluarga angkat yang penyayang. Perkhidmatan oleh Orphan Care juga merangkumi aspek kelahiran bayi, kaunseling untuk ibu kandung dan latihan untuk ibu bapa angkat dan bakal ibu bapa.
Berdedikasi untuk menyokong komunti orang asli di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, projek penjanaan pendapatan alternatif mereka melibatkan golongan wanita dan belia berpendapatan rendah dalam kalangan komuniti luar bandar di Pagalungan dan Pensiangan. Pada masa sama Pacos Trust juga bermatlamat menjadikan Pusat Pembelajaran Komuniti Lirung sebagai Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat di kawasan tersebut. Pusat ini bukan sahaja menyediakan pendidikan formal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, tetapi juga berfungsi sebagai pusat komuniti, di mana perkongsian pengetahuan tradisional dengan anggota komuniti dapat dilakukan.
Dengan membina kekuatan kanak-kanak dalam bidang akademik, seni visual, seni pertunjukan, sukan dan kepemimpinan serta kemahiran sosial dan kewangan, ibu bapa dan anak-anak mereka menjalani program pendidikan dan pemerkasaan yang intensif sebagai satu pasukan, untuk menonjolkan potensi maksimum kanak-kanak sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Completed developing mental health assessment tool & intervention
This community-based mental health centre connects individuals and communities to accessible, affordable, much-needed mental health services. The partner’s collaborations and capacity building projects implement locally-adapted mental assessment tools and intervention for underserved Malaysian youth from the B40 segment living in PPR communities.
Dengan harapan mewujudkan ekosistem perlindungan kanak-kanak yang lengkap bagi memerangi penderaan seksual kanak-kanak, usaha jangka panjang seperti pembangunan jaringan melibatkan penyokong terlatih dibuat bagi mewujudkan pembaharuan dalam sistem kehakiman dan perubahan dasar yang mempengaruhi kanak-kanak.
Mendekati
Mendekati
Mendekati
Dalam usaha menegakkan nilai dan martabat wanita dan kanak-kanak di komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan mereka yang menderita akibat keganasan seksual dan jantina, jaringan bersepadu kumpulan sokongan wanita telah ditubuhkan di Tambunan sebagai tambahan kepada sebuah jawatankuasa belia yang membantu kanak-kanak dan remaja perempuan, dan sebuah rangkaian kumpulan lelaki yang turut mempunyai agenda yang sama.
Ditubuhkan untuk membina kepercayaan, meningkatkan penglibatan dan menyuburkan hubungan dengan komuniti di mana Hasanah telah dikenali, dana ini diberikan untuk meningkatkan lagi projek, komuniti dan sekolah sedia ada, yang berada di bawah tanggungjawab Hasanah. Ini termasuklah memberi bantuan segera kepada penerima manfaat yang dibantu oleh organisasi-organisasi rakan-rakan kongsi Hasanah.
Laporan Hasanah2019
The Hasanah Report 2019