MENU

Sorotan Utama 2019

KHAZANAH RESEARCH INSTITUTE

KRI menganjurkan / menghasilkan

0
acara perkongsian pengetahuan
0
kertas perbincangan
RM 0 M
pada 2019
RM 0 M
juta secara keseluruhan

dibelanjakan untuk dasar, penyelidikan dan advokasi

BELANJAWAN NASIONAL MALAYSIA

RM 0 M

juta untuk memelihara hutan asli dan biodiversiti semula jadi Malaysia

RM10 juta daripada peruntukan ini akan digunakan sebagai geran setara dengan sumbangan sektor swasta terhadap inisiatif perbincangan dan biodiversiti yang merangkumi inisiatif CFS dan Heart of Borneo

Hasanah berhasrat mempengaruhi ekosistem masyarakat madani di Malaysia melalui kepemimpinan dan peranan sebagai penasihat dalam badan-badan kebangsaan dan / atau perwakilan dalam pelbagai persidangan.

0
KEANGGOTAAN DALAM LEMBAGA/INSTITUSI
0
JAWATANKUASA PENASIHAT / KERJA

untuk perkara atau topik seperti pengurusan sumber semula jadi, perubahan alam sekitar dan iklim, dasar budaya kebangsaan, festival seni, kepelbagaian biologi, warisan makanan Malaysia dan lain-lain lagi.

0
PERSIDANGAN

di dalam dan luar negara, oleh Pengarah Urusan dan juga Ketua-ketua Bahagian Impak yang merangkumi topik-topik seperti isu kemanusiaan, pendidikan, Central Forest Spine, imaginasi moral dan pemerkasaan belia

PENGETAHUAN

MEMACU KEKUATAN

Pada tahun 2019, Khazanah Research Institute (KRI) menganjurkan 14 acara dan melancarkan empat penerbitan, 12 kertas perbincangan dan 23 artikel pendapat mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan negara, selari dengan aspirasi institusi ini yang ditubuhkan oleh Khazanah.

Analisis-analisis berasaskan data yang teliti dan tidak berat sebelah, memupuk persefahaman melalui perbincangan antara pemimpin pemikir dan pakar industri, dan mengadvokasikan pengetahuan yang diperoleh, telah menjadi landasan utama KRI  untuk pelbagai dasar yang dicadangkan. Tujuan utama KRI adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bidang penyelidikan melibatkan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dibiayai oleh Hasanah ini merangkumi isu-isu seperti ketidaksamarataan, perumahan dan bandar, pertumbuhan, perdagangan antarabangsa, pekerjaan, demografi, teknologi, makanan dan pertanian, kesihatan awam, masyarakat dan jantina.

Batu loncatan untuk perubahan jangka panjang yang memberi impak, dapat dirujuk dalam kertas penyelidikan yang komprehensif dan semasa sesi perbincangan yang diadakan, yang seterusnya  menyumbang kepada pembuatan dasar yang berkesan dan kukuh. Khazanah Research Institute menjadi teras bagi proses penting ini.

26 Februari 2019

Penghijrahan Keluar dari Ladang: Mobiliti melibatkan Ruang dan Pekerjaan bagi Keluarga Peladang (Exodus from Plantation: Spatial and Occupational Mobility of Plantation Families)

Seminar santai (brown bag seminar) oleh Dr Athi Sivan T Mariappan yang mengkaji pergerakan migrasi keluar keluarga berbangsa India miskin di Selangor dianjurkan untuk memahami dengan lebih lanjut faktor-faktor yang mendorong penghijrahan keluar secara besar-besaran dari ladang, pada era pasca 1970-an.

15 Ogos 2019

Program Pemberian Makanan di Sekolah dan Inisiatif Pemakanan Kelompok Lain (School Feeding Program and Other Mass Nutrition Initiatives)

Perbincangan panel yang melibatkan Dr Wan Abdul Manan Wan Muda, mantan felo kanan KRI, Prof Jomo Kwame Sundaram, Penasihat Kanan Penyelidikan KRI, Dr Nungsari Ahmad Radhi, Pengerusi KRI, Puan Faridah Yang Razali, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Murid), Kementerian Pendidikan, Puan Zaiton Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan dan Profesor Mirnalini Kandiah, Profesor Pemakanan untuk Kesihatan Awam, UCSI. Perbincangan ini bertujuan  menangani isu keterbatasan dalam program pemberian makanan sedia ada di sekolah dan mencadangkan tindakan-tindakan baharu.

23 September 2019

 Mananda Aras Isi Rumah Malaysia: Analisis Pendapatan dan Penggunaan Bersepadu (Demarcating Malaysian Households: An Integrated Income and Consumption Analysis)

Perbincangan meja bulat ini berkongsi kertas perbincangan bertajuk Mananda Aras Isi Rumah Malaysia: Analisis Pendapatan dan Penggunaan Bersepadu (Demarcating Malaysian Households: An Integrated Income and Consumption Analysis)  yang menawarkan perspektif alternatif kepada klasifikasi isi rumah Malaysia sedia ada melibatkan kumpulan B40, M40 dan T20.

3 Oktober 2019

Penyusunan semula Ekonomi Penjagaan dalam Penumpuan Jantina (Re-configuring the Care Economy for Gender Convergence)

Perkongsian pengetahuan yang merangkumi ucaptama oleh Dr Jayati Ghosh, Profesor Ekonomi di Pusat Pengajian dan Perancangan Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Sosial, Universiti Jawaharlal Nehru mengenai kerja-kerja penjagaan – kebanyakannya dilakukan oleh wanita, pendatang asing atau golongan bawahan dalam spektrum sosial – dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

Penerbitan

Dilancarkan pada 10 April, sebuah laporan mengenai Status Padi dan Industri Beras di Malaysia (The Status of the Paddy and Rice Industry in Malaysia) meneroka titik penting di seluruh rantaian bekalan beras seperti keselamatan makanan, jenis-jenis padi, kepercayaan antara pengilang dan petani dan penggunaan beras. Diketuai oleh Dr Sarena Che Omar selaku Rakan Penyelidik, laporan tersebut bukan sahaja mengkaji cabaran yang dihadapi industri ini di setiap peringkat, malah merangkumi sejarah dan trend statistik, selain mendekati pelbagai  pihak berkepentingan utama dan memberikan saranan dalam melangkah ke hadapan.

Bertajuk Memikirkan Semula Sektor Perumahan: Antara Negeri, Pasaran dan Masyarakat (Rethinking Housing: Between State, Market and Society), laporan ini meneliti sektor perumahan dalam pelaksanaan dasar yang penting bagi pemilik dan penyewa rumah, pemaju hartanah dan kontraktor, institusi kewangan dan agensi kerajaan. Berdasarkan tanggapan bahawa fokus yang diberikan sama ada terhadap aspek kesejahteraan perumahan atau aspek pengumpulan aset sahaja, adalah tidak mencukupi, laporan yang dilancarkan pada 25 April 2019 ini menyatakan agenda perumahan yang komprehensif melibatkan keperluan asas dan asas untuk pengumpulan aset, seterusnya memacu dan mengurus sektor perumahan secara keseluruhannya.

Perkongsian pengetahuan telah diakui secara meluas sebagai pemangkin kritikal untuk memperkuat kapasiti negara dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari. Di Hasanah, kami komited dalam memperkasakan perolehan dan perkongsian ilmu pengetahuan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang membantu memperkukuhkan institusi, sistem pemerintahan, dan meningkatkan kemahiran individu yang secara tidak langsung memastikan pertumbuhan sosio-ekonomi yang sama rata bagi semua rakyat Malaysia.

Rakan Kongsi Kami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.