MENU

Sorotan Utama 2019

0
ruang awam diaktifkan, lokasi awam ditambah baik, pemuliharaan seni bina dan penggunaan semula ruang mudah suai acara ke arah mewujudkan bandar yang berdaya tahan
0
events towards creating resilient cities
0
penyelidikan dan penerbitan mengenai perancangan bandar
0
tayangan filem tempatan sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘placemaking’ oleh Think City

RUANG AWAM

MEMBINA BANDAR

Think City, sebuah organisasi pembangunan semula bandar, meletakkan komuniti sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukan. Ia memiliki pelbagai teras yang menjadi landasan untuk pelbagai inisiatif yang mementingkan matlamat sosial, seperti pemikiran dasar, pengurusan dan pelaksanaan penyelesaian. Semua ini bertindak sebagai agen perubahan walau sejauh mana pun bandar dibina. Sebagai anak syarikat milik penuh Khazanah sejak tahun 2009, ia kini telah bekerjasama dengan Hasanah dalam perjalanannya mewujudkan bandar-bandar yang lebih hidup, berdaya tahan dan mesra penduduk. Sejak tugas pertamanya  untuk memberi nafas baharu kepada bandar bersejarah George Town di Pulau Pinang, kehadiran Think City kini semakin berkembang ke tiga bandar lain iaitu Butterworth, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

01 | Pencapaian

Perpustakaan Digital Butterworth

Rancangan pembinaan Dewan Ria di Lebuh Kampung Benggali, Butterworth dimulakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyatakan keinginan untuk menukar kompleks bangunan serbaguna yang dimiliki dan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai menjadi perpustakaan digital. Masalah utama yang dihadapi adalah depot pelupusan sampah pusat yang berdekatan dengan projek ini. Namun, projek yang dimiliki dan dibiayai oleh Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang melibatkan sokongan teknikal, perundingan pembinaan dan pembiayaan oleh Think City telah berjaya mengatasi cabaran ini bagi mewujudkan sebuah pusat pembelajaran yang canggih. Dalam tempoh dua tahun pembinaannya, Perpustakaan Digital Butterworth kini terdiri daripada bangunan dua tingkat dengan akses jurnal untuk ahli, beberapa bilik untuk seminar, ruang belajar atau  membaca yang senyap dan juga ruang pendidikan yang lengkap dengan skrin LED dan sistem AV yang sedia untuk disewakan. Selain  itu, perpustakaan ini tidak memerlukan penyaman udara dengan adanya ciri eko-sedar seperti siling tinggi dengan kipas besar dan kipas ekzos.

Placemaker Week ASEAN 2019

Disasarkan kepada pembangun dan pengurus bandar di negara-negara ASEAN, Think City pada tahun ini melancarkan persidangan ‘placemaking’ pertama di rantau ini  bertujuan  mempromosikan pengetahuan mengenai amalan terbaik dan menggalakkan perbincangan mengenai  penyelesaian inovatif untuk komuniti dan ruang awam masa hadapan. Placemaker Week ASEAN telah diadakan di George Town, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan persidangan selanjutnya, Placemaker +, diadakan di Johor Bahru. Selain berkongsi tentang amalan terbaik, kajian kes, permainan dan bengkel, pasukan pereka, arkitek dan perancang bandar memberikan penyelesaian ‘placemaking’  kepada panel berdasarkan lokasi sebenar. Dengan jumlah keseluruhan 400 peserta dan 40 penceramah dari lebih 20 negara, acara ini turut menganjurkan perjumpaan tertinggi yang dihadiri oleh pegawai-pegawai penguasa tempatan dan wakil dari universiti-universiti di seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga sesi pembangunan kapasiti dengan pakar antarabangsa yang dihadiri oleh kakitangan seni bina, perancangan dan landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

02 | Projek Impak Sosial

Menghubungkan Komuniti

Projek perintis inklusi sosial membawa Think City, Citi Foundation, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Yellow House ke pusat bandar Kuala Lumpur bagi mengenal pasti penyelesaian kendiri untuk penerima manfaat agar tidak lagi menjadi gelandangan. Misi mereka adalah menghubungkan gelandangan yang tidur di sekitar kawasan Bangkok Bank (tempat tumpuan bagi komuniti gelandangan) dengan perniagaan tempatan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang hubungan yang saling menguntungkan antara mereka. Menggunakan pendekatan berdasarkan tempat untuk mewujudkan kesatuan demi mencapai hasil yang sama, ia bermula dengan idea untuk mewujudkan tempat tidur yang lebih bersih. Selepas itu, individu tersebut diperkenalkan kepada pemilik kedai di kawasan sekitar, dengan menawarkan perkhidmatan pembersihan untuk kawasan luar kedai. Dari tiga penerima manfaat yang berjaya mendapat tempat tinggal dan pekerjaan, dua masih lagi bekerja – Nathan kini bekerja di kilang besi buruk di Kota Bharu dengan penginapan yang disediakan oleh syarikat, sementara Samy tinggal di Yellow House dan bekerja sebagai petani bandar di Kebun Kebun Bangsar, menanam sayur dan herba tradisi India yang dilupakan.

Program Pemeriksaan Kesihatan Pendatang Asing

Dengan kerjasama Migrant Workers Health Alliance, North South Initiative, Fire and Rescue Association, Alumni Penang International Dental College, Coordination of Action Research on AIDS dan Mobility Asia, Think City menganjurkan beberapa siri kem perubatan  melibatkan pendatang asing, pelarian dan gelandangan di Kuala Lumpur. 298 individu telah menerima manfaat daripada program ini, melebihi sasaran 250 individu yang ditetapkan. Akses untuk rawatan kesihatan, perkhidmatan pergigian dan kesedaran mengenai HIV dan AIDS merupakan  objektif utama program ini, disamping pengumpulan data untuk kegunaan advokasi polisi masa hadapan.

SHE Fights

Diwujudkan untuk memperkasa gadis dan wanita dengan kemahiran keselamatan dan penjagaan diri, program ini dianjurkan dengan kerjasama Citi Foundation dan SheFights, sebuah organisasi yang memberi sokongan melalui latihan oleh pakar seni mempertahankan diri. Lima bengkel pertahanan diri bulanan menyaksikan hampir 100 peserta terutamanya daripada kumpulan umur 25-34 tahun. Pengajar SheFights melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk menangani pelbagai senario gangguan melibatan teori (apa yang harus dilakukan sebelum, semasa dan selepas gangguan) dan teknik langsung. Salah seorang peserta memberi maklum balas bahawa sikap peka terhadap kemungkinan untuk situasi berbahaya dan mempercayai gerak hati sendiri adalah amat penting.

Rakan Kongsi Kami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

© 2020 Yayasan Hasanah. All Rights Reserved.